Sunday, December 9, 2012

Piala AFF 2012 - Malaysia vs Thailand

Terikat seri 1-1 adalah keputusan yang tidak di ingini oleh skuad Harimau Malaya....tapi kalau setakat itu yang termampu dilakukan... terima aje lah... sekurangnya kita pasukan pertama mengikat skuad gajah perang setakat ini dengan keputusan seri...

Rekod tanpa kalah mereka masih bertahan, Harimau Malaya perlu berusaha untuk mengutip mata di tempat lawan...bukan senang tetapi dalam sukan bola apa pun boleh berlaku...harapan masih tetap ada....

Perjuangan masih belum berakhir...chaiyuk chiayukk chaiyukkkkkk Harimau Malaya......

Sunday, December 2, 2012

Piala AFF Suzuki 2012

Yeahhhhh akhirnya seperti yang semua maklum....Malaysia telah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2012....tapi malangnya Singapura memiliki jumlah jaringan yang lebih besar maka Malaysia sekadar menduduki carta ke 2 Kumpulan B....

Bakal bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah...ermmmmm adakah kita akan berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Thailand?... Jika berjaya kita akan mengulangi sejarah ajaib perjalanan merintis juara pada 2010.

Kalau pada 2010 kita bertemu kembali Indonesia di peringkat akhir dan menang selepas aib dengan kekalahan besar pada perlawanan pembukaan kumpulan, kali ini jika menang menentang Thailand tidak mustahil kita akan bertemu kembali Singapura dan menang sekali gus menebus kembali aib dengan kekalahan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Chaiyuk chaiyuk chaiyukkkkk..... ayuh Malaysia....

"Hantu Kak Limah telah berjaya membenam Mak Lampir...harap Kak Limah akan mengalahkan Nang Nak pula....." heheheh

Tuesday, April 17, 2012

Buku vs Komik

Dulu haku selalu ke perpustakaan atau menunggu bas perpustakaan bergerak. Sekarang semua info dihujung jari...tekan je trus search....maksud haku internet.


Hari ni haku bukan nak bincangkan perbandingan sebenarnya...tajuk tu buat gempak je hehehhe ketika hari membaca kanak2 sedunia baru-baru ini haku teringat masa zaman haku sekolah rendah....banyak buku yang haku baca dan bertukar mengikut trend.


Ketika sekolah rendah haku mula berminat dengan buku unsur penyiasatan, mungkin korang pun pernah dengar...antaranya Nancy Drew, Tiga Sekawan, Salma dan ada beberapa lagi...


Naik sekolah menengah haku berminat dengan alam misteri dan UFO....pernah tergilakan buku "Kisah Misteri Dunia" yang terbahagi kepada beberapa jilid...antaranya Segi Tiga Bermuda, Lenyapnya Benua Atlantis, Misteri Kaum Inca, Lukisan Bumi, Misteri Piramid dan Misteri UFO sendiri...


Penghujung persekolahan menengah haku berminat pula dengan kisah kepahlawanan islam, kekadang haku berulang baca kisah 4 Khalifah, Salahuddin Alayubi, Penaklukan Kota Constantinople, Kisah Kerajaan Fatimiyah (asal tempat yang menaikkan nama Salahuddin), perkembangan islam dan penaklukan islam dari zaman khalifah Abu Bakar, kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah dan selepasnya. Tersentuh baca kisah kerajaan Othman yang akhirnya jatuh tersungkur.


Lepas tamat sekolah tetiba haku berminat pula dengan novel misteri alam ghaib....rasanya ramai yang masih ingat dengan Siri Bercakap Dengan Jin....amat popular ketika dulu...tulisan Tamar Jalis...tapi bila dah masuk beberapa tahun jalan ceritanya mula longgar dan penceritaan agak berlainan...ada ura-ura yang kata dah tukar penulis walaupuan nama penanya sama.


Haku mula beralih novel tulisan Tok Awang Ngah...berbeza dengan Tamar Jalis yang memaparkan pengubatan secara tradisional atau perbomohan, Tok Awang Ngah pula memaparkan penyelesaian masalah pesakit dan pemulihan secara islam...kisah ustaz dengan ayat suci Al-Quran mengisi ruang penceritaan.


Yang jadi masalah, ketika mula bekerja haku berminat dengan komik pula....dah macam bebudak semula...tapi tak kisah lah...janji gambo cun...memula haku beli komik tajuk dendam kesumat, karya Tony Wong...kemudia Pedang Setiawan...Raja Rimba...Wira Angkasa...pastu....pastu haku stop...mana tak stopnya lepas satu generasi sambung satu generasi kisahnya, kalau tak silap sampai haku anak 3 pon belum abis lagi cerita komik nih....hanya 3 komik je yang haku beli sampai abis...."Mutiara Naga/ Dragon Ball" karya Akira Toriyama..."Jengking Merah" karya sapa tah...dan "Dragon Quest"...pon tak ingat karya siapa....


lain-lain buku tak ingat tajuk hehehehhe....


sekian coretan masa lapang haku....

Sunday, January 15, 2012

Azam Tahun Baru

Setiap kali tahun baru muncul, maka akan muncul juga pelbagai azam, dah sinonim tahun baru diiringi dengan azam baru...Agaknya dah berapa banyak azam tahun baru yang dibuat??? brape kali pula azam tersebut tercapai???


Ramai yang tanpa sedar membuat azam yang sukar dicapai...tanpa sedar pula dah banyak kali azam tahun baru tidak tercapat...ada juga yang sedar azam tidak tercapai dan akhinya menjadi hilang minat untuk membuat azam baru.


Contoh senang "saya berazam tahun depat nak kerja keras  supaya gaji naik 10%....sedangkan dia tahu gaji adalah urusan BOSS....atau "Saya berazam nak beli kereta Honda Civic...." dengan harapan dia menang loteri sebab nak harapkan gaji RM1k sebulan memang tak layak.... Apa salahnya buat azam permulaan "Saya nak beli motor kapcai" dah tau gaji rm1000 cuma kumpul deposit sahaja jika mahu bayar bulanan yang murah...


Azam yang sesuai ialah azam yang mudah dicapai..tak salah kalau membuat dua azam...satu yang mudah dicapai dan letak je target enam bulan pertama...lagi satu yang agak sukar dicapai tapi tidak mustahil untuk dicapai...letak masa pencapaian enam bulan terakhir...


Apa pun azam dah menjadi seperti satu trend...bagi orang yang bekerja, tetapi bukan ikutan anak muda sekarang... cuma tepuk dada tanya selera nak berazam atau tidak... azam yang senang atau susah....


errrr mana pergi kengkawan haku nih...ramai yang ada blog...tak mau add haku ke????


Azam haku nak meriahkan blog dan tarik "follower" hahahahahah......sekian




Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru...


"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA......!!!"