Sunday, January 15, 2012

Azam Tahun Baru

Setiap kali tahun baru muncul, maka akan muncul juga pelbagai azam, dah sinonim tahun baru diiringi dengan azam baru...Agaknya dah berapa banyak azam tahun baru yang dibuat??? brape kali pula azam tersebut tercapai???


Ramai yang tanpa sedar membuat azam yang sukar dicapai...tanpa sedar pula dah banyak kali azam tahun baru tidak tercapat...ada juga yang sedar azam tidak tercapai dan akhinya menjadi hilang minat untuk membuat azam baru.


Contoh senang "saya berazam tahun depat nak kerja keras  supaya gaji naik 10%....sedangkan dia tahu gaji adalah urusan BOSS....atau "Saya berazam nak beli kereta Honda Civic...." dengan harapan dia menang loteri sebab nak harapkan gaji RM1k sebulan memang tak layak.... Apa salahnya buat azam permulaan "Saya nak beli motor kapcai" dah tau gaji rm1000 cuma kumpul deposit sahaja jika mahu bayar bulanan yang murah...


Azam yang sesuai ialah azam yang mudah dicapai..tak salah kalau membuat dua azam...satu yang mudah dicapai dan letak je target enam bulan pertama...lagi satu yang agak sukar dicapai tapi tidak mustahil untuk dicapai...letak masa pencapaian enam bulan terakhir...


Apa pun azam dah menjadi seperti satu trend...bagi orang yang bekerja, tetapi bukan ikutan anak muda sekarang... cuma tepuk dada tanya selera nak berazam atau tidak... azam yang senang atau susah....


errrr mana pergi kengkawan haku nih...ramai yang ada blog...tak mau add haku ke????


Azam haku nak meriahkan blog dan tarik "follower" hahahahahah......sekian




Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru...


"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA......!!!"

1 comment:

  1. Mapia.. ai (GCK).. Tahun ni berazam cuma nak banyak mendengar dan kurang bercakap jer.. Insya Allah.. tercapai

    ReplyDelete