Sunday, December 2, 2012

Piala AFF Suzuki 2012

Yeahhhhh akhirnya seperti yang semua maklum....Malaysia telah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2012....tapi malangnya Singapura memiliki jumlah jaringan yang lebih besar maka Malaysia sekadar menduduki carta ke 2 Kumpulan B....

Bakal bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah...ermmmmm adakah kita akan berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Thailand?... Jika berjaya kita akan mengulangi sejarah ajaib perjalanan merintis juara pada 2010.

Kalau pada 2010 kita bertemu kembali Indonesia di peringkat akhir dan menang selepas aib dengan kekalahan besar pada perlawanan pembukaan kumpulan, kali ini jika menang menentang Thailand tidak mustahil kita akan bertemu kembali Singapura dan menang sekali gus menebus kembali aib dengan kekalahan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Chaiyuk chaiyuk chaiyukkkkk..... ayuh Malaysia....

"Hantu Kak Limah telah berjaya membenam Mak Lampir...harap Kak Limah akan mengalahkan Nang Nak pula....." heheheh

2 comments: