Friday, September 30, 2011

Coretan di Sandakan

Pada 5 november 2009, haku ke Sandakan atas urusan kerja….tak banyak yang boleh diceritakan disini, Sandakan bagaikan pekan koboi…penduduk melarikan diri dari kesibukan Bandar seawal jam 6.00 petang…. selepas jam 7.00 semuanya sunyi dan sepi.

Tetapi kepada yang sukakan kedamaian dan nostalgia, disinilah tempatnya..penuh kehijauan dah bangunan tinggalan kolonial masih berdiri kukuh disini.

Haku dibawa oleh staff Sandakan ke Kg. Pukat untuk menjamu selera makanan laut segar mablessssss…harga makanan laut di sini amat berpatutan...jauh lebih murah dari Kota Kinabalu apa lagi KL amatlaaahhhhh jauh lebih murah dari KL hehehehhe…..sendiri tengok lerr gambarnya ye…..kalau terliur sila datang Sandakan ekkkk….hehehehehehhe


laluan ke restoran Kg. Pukat.





Siput yang banyak terdapat di pesisir pantai sabah...boleh tahan gak rasanya..




udang lipan....kat KL kecik...kat sana..mak ehhhh besar lengan budak pun ada...






hirisan ikan goreng bersalut tepung rangup...







udang goreng butter dan telur...






kerapu masak stim soya....

ketam masak pedas...tengok macam masak sambal tapi rasanya macam kari...



Wednesday, September 28, 2011

Saya Ibu Yang Jahat!!!

Dah lama haku simpan email ini. kisahnya sangat berkesan dihati. Haku amik semula daripada email dan masukkan ke sebuah blog. Hari ini haku ambil dari blog lama dan haku abadikan disini. Selamat membaca.
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya besarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..
Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.
Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.
Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.
Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"
"Nama saya Yusri, makcik."
"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"
Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati...
Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...
Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..
Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.
Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun didalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...
Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, saya pun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.
Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Saya pun membaca tulisan di kertas itu...  "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."
Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.
"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu dia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.
Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana
DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

moral - sayangi anak anda, ingatlah tanggung jawab yang telah di amanahkan oleh allah.

Himpunan Cerita Lawak

BURUNG
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual  : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual : Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.




KEK
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,…kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“Sayang Tidak Bertambah Tua di Bahagian Atas”
“Sayang Cuma Bertambah Cantik di Bahagian Bawah”




ANAK
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy  : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Tidak boleh!..kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy  : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu…tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy  : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu     : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu….kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzy  : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya…adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu     : (Separuh berbisik)Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy  : Ha!!??!!

Termalas di Dunia


Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi  : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka  jawabnya  : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab  :"Nak citer pun malas!!!".hehehe

dah...pi sambung buat kije...jangan malas-malas.....hehe

Ayah...apa itu Sex?

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk darjah 1 bertanya kepada ayahnya, 'Ayah....... . ayah..... ... apa itu sex.....?'

Terperanjat si ayah mendengar pertanyaan anaknya. Terbayang dia tentang arus kemajuan zaman sekarang yang membuat manusia berfikiran terbuka, termasuk anaknya yang masih kecil.

Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat sekarang, si ayah pun cuba memikirkan jawapan yang sesuai dengan umur dan tahap pengetahuan anaknya.

Si ayah pun cuba memberikan jawapan dengan memberikan contoh kumbang dan bunga, telur yang yang menetas berudu dan kemudian menjadi katak, hujan serta benih yang berkembang menjadi tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Si ayah sempat juga menyelitkan juga kisah percintaan antara ia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah hingga sampai kelahiran seorang bayi comel.
Tiba-tiba si anak menangis terisak-isak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa nak.....?'

Si ayah bertanya kehairanan. Tetapi si anak masih tetap menangis.

'Jawapannya panjang sangat...... .. . hu.........hu. .......hu, tak cukup tempat nak tulis....... .. ..? Ayah ajalah yang tulis jawapannya !!!!! ......hu.... ..hu..... .hu 

Si anak pun menyerahkan buku latihan Bahasa Inggeris yang pada muka depannya tertulis.... ......... ...
..
.

NAME      : ............ ......... ......... ....
SCHOOL  : ............ ......... ......... ...
CLASS      : ............ ......... ......... ....
SEX           :........... ......... ......... ...

Moral of the story......berhati-hati sebelum menjawab...miaaahahahahahaha

KOLEKSI SANTAI


BERSANTAI DI SG. KELAH

Pada 14.12.08, hari ahad...setelah mengadakan perbincangan pada malam sebelumnya..haku dengan seorang lagi jiran berpakat untuk ke sg. kelah...beberapa jiran yang turut dijemput tidak dapat turut serta kerana ada urusan lain seperti kenduri, sambung belajar, kerja dan memacam lagi... yang  haku pasti derang tak biasa dengan urusan mengejut sebegini...tetiba je tanya nak pegi ke idak besok...hahahahah
Kira-kira jam 8.30 pagi rombongan kami bertolak ke sg. kelah...lokasi adalah tempat yang jarang dikunjungi...tempat tuh haku pernah pergi 5-6 tahun lepas....dipendekkan movie...pada jam 10.00 pagi kami sampai di sg. kelah...haku termanggu di simpang kolam air panas....banyak berbeza beb....dah tak tahu nak pergi kemana...tak ingat jalan sebab jalan dah bertambah beso...kekekke
Selepas 2-3 kali ulang alik akhirnya kami mambuat keputusan untuk ke lata sg. kelah je....
Tak apa lah...tak jumpa tempat yang haku plan....janji bebudak dapat mandi...lain kali haku buat le trip untuk mengenalpasti tempat yang sesuai yang  pernah haku jumpa dulu......terkilan gak huhuhuhuhu
Tiba di lata sg. kelah tanpa membuang masa haku terus membina khemah....musim ujan beb...sebelum ditimpa hujan baik bersedia dulu...

siap sedia untuk di bakar....


acara menggoreng nugget bermula.....ishhh macam pertandingan memasak lah sessi perkelahan nih...

kuah laksa dipanaskan...
sessi memanggang daging raksasa unta..... meriah bila ada sessi panggang memanggang nih....
close up sket.....ada yang terliur tak....untuk tempahan sila dail atau hubungi ke nombor kosong satu empat...empat empat empat....tekan tekan tak dapat...miaaaahahahahahah

nugget pon dah siap....khas untuk bebudak..haku pon dah kompius...ni sessi berkelah ke sessi masakan atau sessi makan-makan...kekekekek

kedinginan air dipagi hari tidak memudarkan semangat kanak-kanak untuk terus berendam....tengok...dah biru bibir pon x mo kluar lagi....

bila dah tak tahan kesejukan...perut mula lapar...baru le nak naik cari makanan...siapa yang paling lemah akan kalah dan naik ke darat dulu...ini peserta pertama yang mengalah.....kekekek

menguji keempukan dan keenakan ayam panggang yang disaluti dengan ramuan rempah ratus ribu riban yang dibuat khas untuk sessi perkhelahan ini...
 Mee kari special dari jiran haku......
tak payah le haku cerita sedap ke idak seme makanan tuh....riak wajah dengan thumb-up dari kawan haku nih pon dah menceritakan segalanya .....miaaaahahahahah



BERSANTAI DI SG. SEMUJI ECO RESORT


Pada 5-6 Julai 2008... setelah 2 minggu buat plan dan gagal memujuk rakan-rakan porem untuk join bersantai di sg. semuji, terletak di Gambang , Kuantan. Haku bersama keluarga rakan sekolah dulu berkonvoi menuju destinasi...

Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam dari Antara Gapi, Serendah atau Kuala Lumpur...selepas sampai dan memunggah barang ke dalam umah penginapan, kami terus menjalankan operasi mencari meninjau dan mencari durian di kawasan sekeliling.

Petang kami membawa anak-anak ditepi tasik dam memancing ikan dan pada jam 6.30 petang selepas operasi mencari durian kali kedua kami membuat bbq. Esoknya kami mengelilingi kawasan dan singgah di tempat menternak burung unta dan rusa sebelum meneruskan operasi mencari durian kali terakhir....pada jam 12.00 tengahari kamibergerak balik menuju KL dan singgah di hentian lentang bagi bebudak main air pulak..

Walaupun bukan musim sebenar tetapi kami tidak dihampakan....dapat le dalam 20 biji durian selama berada disana...kalau dah musim pasti lebih banyak hasilnya...yang pasti kene ada usaha untuk operasi mencari dan menyelamat durian dilakukan secara sistematik...kekekekkeke


rumah penginapan kami



pokok durian di halaman

antara hasil pertama sessi mencari dan menjamah durian...

sessi membakar ayam sebelum malam...



siangnya sessi melawat rusa dan burung unta di sekitar penginapan...



dalam perjalanan pulang singgah di Hentian Lentang...kawasan yg sesuai untuk melepaskan bebudak mandi...luas dan cetek...






Koleksi Joran 2007-2011

SIAKAP MERAH

Pada raya ketiga 2010, ketika di kampung haku dah tak dapat menahan gian untuk melabuhkan joran....apatah lagi ketika malam sebelum raya, seorang rakan memberi tahu bahawa tempat tersebut telah dihuni siakap merah, malah ada yang telah menaikkan siakap putih seberat lebih 5 kilo!!!...huh mencabar sungguh...
pada jam 5.30 petang haku bertolak dari umah...tapi haku terlupa, bahawasanya hari tersebut tetap hari raya...walaupun dah masuk raya ketiga...perjalanan yang sepatutnya memakan masa 15 minit telah menjadi 1 jam huhuhuhuhu....6.30 petang kawanku telah menunggu sambil tersengih kambing....dah gelap katanya...haku tak peduli....sempat le 20 minit memancing...langsung tak ada hasil.....biasa le...herokan..


pada raya keempat haku keluar awal...dan tiba di lokasi jam 6.15 petang..awal le sikit....tanpa membuang masa haku dan rakan terus memasang joran dan umpan seekor anak selayang segar...

tak sampai 15 minit joran rakan haku melendut...sambil bersorak..."dah kene nih...sah siakap nih" katanya... haku diam...masih berpegang pada prinsip bahawa hero akan kalah dulu...alaaaa, biasa la, hero mesti la kalah dulu...walaupun dialam nyata, ada gak hero yang kalah sampai sudah.....huhuhuu...rakan haku dengan bangganya mengangkat sebelah ketiak menunjukkan ikan....


Tiba-tiba joran haku pulak melendut...terasa betoi sentapannya..haku terus mengarai mesin tapi baru je memulakan aksi, tak sampai 3 minit bertarung tetiba terasa ringan....arghhhhhh tension betoi...terlucut la pulak.......rasa nak terjun je tangkap ikan tuh dengan tangan... pastu terasa gak nak gigit joran haku untuk melepaskan geram...tapi sib baik haku masih lagi waras dan terus mengabaikan keinginan tersebut.....


haku meneruskan pencarian....tetapi 20 minit berikutnya hanya anak duri yang mengacau...hari dah mula gelap....haku menamatkan sessi melepaskan gian pada hari kedua....cukup le 30 minit dengan seekor siakap merah...ni baru sessi menduga dan memang kompem ada siakap.... walaupun rakan haku yang menaikkan siakap…tapi yang pasti dia menggunakan joran haku!!!....kira ada gak la nama haku kat ikan tuh….miaaaaahahahahaha




MEMBAUNG DI KUALA KUBU 
















Pada 26.08.08, kira-kira jam 5.0pm...haku dan ayah ke kuala kubu...perjalan kira-kira 45 minit akhirnya sampai ke distinasi yang dituju.....Dam Kuala Kubu...dengar citer banyak baung kalau kene masanya.

Planning yang dibuat secara mengejut membuatkan haku ketinggalan beberapa barang penting....

Sejak jam 6.30 haku dan ayah bertapa di tebing namun tak ada usikan langsung dari baung.... jam 7.30pm hari mulai gelap...apa lagi..haku pon berpindah di atas jambatan....tempat paling sohor bagi pemancing baung kekekkeke....

Pernantian haku dan ayah berakhir apa bila joran di sambar baung kira-kira jam 9.20pm... tanpa bersusah payah ayah mendaratkan baung seberat kira-kira 500g....

















Itulah kali pertama dan terakhir baung dinaikkan.....lepas tu hanya asap rokok menjadi saksi betapa pernantian itu satu penyeksaan hahahaah....jam 11.30pm malam haku dan ayah gulung tikar...esok nak kerja lagi huhuhuhu.... membar haku dah tunggu di batang kali katanya nak belanja sebab PKR menang di permatang pauh.... apa-apa aje lah.... makan pree...lepas ujan lak tuh... masa untuk haku mengisi perut la pulak....




KELAH DI CARI KELISA YANG DAPAT

Pada 9-11 Mei 2008 maka berangkat lah para pejuang bersenjatakan joran dan dibekalkan peluru jenis kelapa sawit untuk misi berani mati memburu kelah di Kuala Koh Kelantan.
Misi ini juga boleh la dikatakan gagal kerana hujan yang turun pada setiap petang di Kelantan menyebabkan paras air naik dan keruh.....
Pada hari pertama tiada hasil yang dinaikkan...oleh kerana hujan yang sekejap pada petangnya....air kurang keruh pada hari kedua...ketika inilah beberapa ekor anak kelah didaratkan...tetapi apa yang memeranjatkan ialah kami berjaya menawan 2 ekor kelisa...beso beb...kalau jual boleh riban2 nih.....tetapi kelisa adalah jenis lindungan yang kami tak bleh nak bawak keluar.....jadi kami terpaksa akur....kelisa tersebut tak dibawa keluar...kami lepaskan...selepas bermesyuarat kami sepakat melepaskan kelisa tersebut kedalam kuali heheheh.....perghhhhhhhhhhhhh.....lembut dagingnya....manis isinya....rugi la beb kalau lepaskan balik....bila lagi nak rasa ikan paling mahal...kekekekekekeke
inilah namanya rezeki....kelah yang diburu...kelisa yang dapat.....ermmmmm merasa juga haku makan isi kelisa.....