Monday, October 3, 2011

Lawak Sengal Antarabangsa


Kentut

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya...

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut...."

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu dan perempuan tua itu berkata...

 "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab.. "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah... "Saya tak tau pil apa yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas... "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

Kah! Kah! Kah!




Temu Duga..

Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya….

"Eh!!!Cepatnya keluar? Kenapa?

"Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan sebab tu aku boleh keluar awal? Jawab calon itu.,

"Soalan apa?????" tanya rakan-rakan lagi…

"Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni???..Aku pun jawab la.."Ya tuan!!!' Pas tu dia suruh aku keluar!!!!




Kunci..

Pada zaman dahulu ada seorang raja yang mempunyai isteri yang sangat cantik, ayu dan anggun, sapa tengok memang tangkap cintan abis.

Pada suatu hari raja nak pergi berperang beberapa ketika, nak ditinggalkan bini yang cantik takut di makan oleh menteri-menteri yang memang tak boleh pakai sangat. Fikir punya fikir, akhirnya raja dapat satu akal, dibuatnya cawat besi yang ada kunci untuk dipakai oleh isterinya itu. Sekarang hanya satu masalah yang timbul, pada siapa dia nak tinggalkan kunci tu sekiranya dia mangkat dimedan perang. Pilih punya pilih akhirnya terdapat 4 menteri yang paling boleh dipercayai daripada puluhan menteri yang lain.

Sekarang tinggal empat ni pun nak kena tapis lagi, dan angkat sumpah bahawa tiada siapa yang boleh menggunakan kunci tersebut kecuali jika baginda mangkat sahaja. Jadi menteri itu hanya memegang amanah untuk menjaga kunci itu sebaik mungkin dan tunggu sehingga raja kembali, dan serahkan kembali kepada raja.

Akhirnya daripada empat tu, dipilih lagi menjadi sorang sahaja, jadi seorang menteri yang terpilih tu, agak alim, sudah berumur dan tak pernah berbohong pulak serta sangat amanah, telah dipilih.

Selepas menerangkan tanggungjawab tersebut, raja pun berangkat dengan hulu balang ke medan perang.

Selepas satu hari perjalan, dan ketika raja serta para tenteranya sedang berehat dan melepaskan penat dibawah pokok, tiba-tiba dari kejauhan kelihatan seorang penunggang kuda sedang menuju ke arah baginda. Bila semakin dekat dapat dikenali bahawa menteri tua yang diberi tanggung jawap itu telah datang, raja sangat terkejut…..

Raja: “Apakah gerangan wahai memanda menteri yang dipercayai datang mengadap beta dengan tergesa gesa ini?”

Menteri tua : “patik rasa tuanku salah bagi kunci…..”

Raja: “Cis, cinabeng punya menteri” ….. piangggggggggggg

(belum apa- apa dia dah cuba bukak cawat tu,….tak boleh pakai jugak)



Kisah Kura-kura

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "3 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "1 minggu?"

Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "2 minggu?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."

Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru…………………..

 "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan..kan…Kan?!!!"





Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata..

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba ?tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^ %*&^?>&%$ #^!@~><?* )&^^$%@#

No comments:

Post a Comment