Sunday, October 2, 2011

Catatan Perjalanan - Trip Kenyir


4.30 pm….lepas mengambil abg rod losong bersama bekalan anak keli, haku terus memecut….rod dah call bagitau rombongan cik kiah dari KL bersamanya dah hampir ke pekan k.berang menuju restoran KFC. “Tak payah singgah makan…kita makan KFC je malam nih” kata rod.
Mengenangkan KFC sponser haku menekan minyak…memecut laju…biasanya KFC free rasanya enak berkrim…biasa la kan…mende-mende pree nih, yang org belanja memang sodap…hehehehehe
Tak lama kemudian rod call lagi bagitau dia dah tapau KFC…membuatkan kaki haku gatal je tekan minyak…..haku tak kira 60km/j ke….90km/j ke….haku pecut…janji sampai cepat nak join konvoi cik kiah…..
Tiba di pekan k.berang abg rod mintak berhenti …dia nak beli lampu suluh dan stok umpan manusia….kami berhenti di kedai 2N…
aku meneruskan perjalanan ke pangkalan gawi….sampai disuatu tempat…terdapat cabaran pertama…banyak betul lubang jalan huhuhuhu….call rod x dapat sebab dah x ada line…..
Sampai di Gawi abg rod tanya sorang budak…..dari budak tuh kami tahu kemana nak dituju…..rupanya abg rod sangka kita naik bot dari gawi hahaha…….
Haku memecut dalam hujan renyai….perut dah mula berkaraoke lago rock kapak minta diisi…..tapi haku tabahkan hati semata-mata nak dapatkan KFC sponsor….."hero kena kuat, mana boleh kalah dengan kelaparan...": bisik hati ku....walaupun didunia nyata kebanyakan hero memang x tahan lapar...
“Kalau dapat ikan bakar best jugak nih…..” tetiba terpacut dari mulut haku….abg rod mengerutkan dahi…
“kalau nak ikan bakar…kat pekan k.berang tadi ada…ermmm kita singgah kat kedai le makan..” katanya…
“rod cakap KFC dah ada untuk di makan malam ni…..” jawapan haku membuatkan abg rod diam…
“errrrr…klu singgah tapau pon ok gak…mana tau KFC kene catu…dapat 2 ketul sorang je ke…mau meragan kita tgh malam nanti….” haku member pendapat…abg rod setuju….
Singgah dikedai…haku terbau masakan goreng yang menyengat bulu hidung dan membangkitkan selera usus besar kami……selepas haku ngan abg rod saling angkat mengangkat kening akhirnya kami buat keputusan untuk makan di kedai…
Dalam pada itu ada sekumpulan lelaki sedang berborak mengatakan jalan masih tak boleh dilalui….hati berdebar….adakah rod serta rombongan cik kiah dah lepas atau tersangkut…atau derang dah lepas sebelum tanah runtuh…. haku je yang belum lepas????
Arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhh…memikirkan itu semua membuat darah B+ haku naik ke paras 110….errr tapi masih rendah untuk diserang darah tinggi atau serangan jantung heheheh……
Selepas hidangan kami sampai…semua itu dilupakan seketika…lapar beb…..layan dulu….
Sedang menyuap haku ternampak kereta waja melintas…sebiji mcm kete joe….tapi sebab malam, haku x nampak plat "W" dia…cuma nampak no je…haku bukan hafal pon no joe….bukan glamer pon nak hafal no plat dia….tapi bila kereta tu lepas…haku agak tu bukan kereta joe…klu betul dah tentu joe nampak dan cam kereta haku tuh…bukan sbb kereta haku glamer…tapi jarang kereta camtu ada kat kenyir kekekeke
Lepas selesai makan…haku bertanya kpd tuan kedai…jalan x boleh lalu ke?…mamat yg ada kat kedai ckp x boleh lalu,……tapi tuan kedai cakap kalu pelan2 boleh kot…lepas sebuah kereta….kata-kata tuan kedai memberi harapan buat haku….sempat le makan KFC tgh malam nih….. heheheh
Kami meneruskan perjalanan….kira-kira 30 minit haku tengok kat depan penuh dengan kereta…..arghhhhhh sangkut rupanya….turun dari kereta mata haku melilau mencari kereta rod….yeahhh ada…sah rod dan rombongan cik kiah tersangkut sama…..hehehe…
Lain tuh haku x nak cerita la kan sebab semua dah cerita….yang haku ingat…klu x silap serol ke sapa tah bagi idea agar kita angkut sikit sorang tutup lubang kemudian kita boleh lepas lalu….tapi kemudian para drebar lori sendiri ada buat cam idea serol tuh….sebagai warga yang perihatin…kami pon beramai-ramai ke lokasi pergi menolong…… tapi hanya terdaya untuk "tolong tengok" sambil member komen bernas sahaja…sambil beberapa pakar memberi pelbagai andaian segala kemungkinan yang akan berlaku……
Di ringkaskan cerita…selepas kereta dari arah depan habis melintas….2 buah kereta dari arah kami memulakan cabaran….kemudian…kak mona memulakan cabaran pertama bagi pihak JP….haku pon turut sama….hanya tinggal joe yang masih x berganjak dengan keputusan…x nak amik risiko…dah puas seme pujuk…joe tetap berkeras…kete dia rendah katanya...lepas semua melintas joe bersuara lantang…
“tak apa lah…korang semua lintas lah…x pe…aku x nak ambil risiko…biar aku sorang pusing lalu ikut jalan 6 jam tak apa…!!!” katanya sambil berlalu…..
Tup tup…kereta dia lalu…kami beramai2 bersorak memberi perangsang kepada joe…mana tau kalau2 tetiba dia ubah pikiran trus dia undur dan pusing balik ikut jalan 6 jam…haru ooooooo……
Bila kereta joe mula melintas kami semua menyorak dengan lebih kuat lagi memberi semangat dan dengan harapan geseran pada lantai kereta joe kurang didengari…mana tau kot joe dengar skirt atau lantai dia bergesel…dia trus undur jugak dan lalu jalan 6 jam….lagi haruuuuuu….. 
Memang malam itu milik joe….org lain yang ada semua terpegun dan memandang ke arah kami… iye le…kereta saga dan kancil melintas cuma kedengaran suara kelendan lori je memberi arahan agar kereta x tersangkut dalam lumpur…..tapi bila joe sampai…semua bersorak memberi perangsang…..
Terbayang haku gelagat ibu bapa yang bersorak memberi perangsang kepada kanak2 tadika mereka supaya menamatkan larian ke garisan penamat…..agak2 sama tak dengan kes joe nih….miaaahahahahahha
Selepas semuanya meloloskan diri…kami menunggu rod…kepala dah hilang kami tunggu juga…ada cadangan agar yg berkeluarga pergi dahulu dikepalai oleh si tunjang…..ehhh haku le tuh…tapi haku terpaksa menolak sebab haku x pernah sampai lagi….
Haku dah lupa siapa kepala lepas tuh..cuma haku berpesan, tgk papan tanda…akan ada papan tanda di simpang masuk…kalau tak ada kira bukan resort la tuh…..dan x silap haku ada 5 buah kereta semuanya termasuk sebuah yang sebenarnya bukan berkeluarga….lia ngan skila le tuh hehehehhe….
Haku dah ingat rod tidur di gawi atau home stay….sekali rod tiba juga…dan kami dimaklumkan yang tayar keretanya pecah…. cobaannnnnnnnnn
Kami berkonvoi dan tiba di destinasi….tapi rod kembali runsing bila mengetahui rombongan pertama x sampai2…..haku dah mula syak mereka dah masuk ke resort bunian…….(ishhhh celupar betoi mulut…heheheheh)
Tapi tetiba 3 biji kereta rombongan pertama sampai……mana lagi 2 buah kereta??? ...setelah lama menunggu haku dan rod keluar semula ke simpang…..haku x setuju rod patah balik atau ke hadapan sebab pelbagai kemungkinan ada…….tinggal haku dan rod menyedut dan menyembur racun nyamuk bagi menghalau nyamuk betina yang galak menggeselkan muncungnya dikulit kami….
Dalam kegelapan menanti tetiba kami terlihat cahaya dari hadapan….haku segera meyalakan lampu hazard dan lampu depan…..syukur…rupanya betul itu adalah kereta yang hilang….dah sampai kami diberitahu mereka berhenti tukar tayar….perghhhhhhh lagi pasal tayar….kalau ada kedai tayar kat situ mau tersenyum lebar tokeh tuh…tgh malam maaaaa….lagi tgh hutan…..charge pon mesti mau double….cobaannnnnnnnnnnnn
yang menghampakan haku..KFC dah habis!!!! nasib baik haku berhenti makan... melepas haku nak merasa KFC pree....
kami berkumpul makan makanan ringan malam tuh...
kemudian kami terus cari tempat landing ….letih oooooo….ada juga yang cuba nasib melabuhkan anak keli pada malam itu…..

Edisi Siang

Paginya tanpa lengah semua memulakan sessi mengingat perambut…
ada yang buat acara memanaskan badan dengan casting……air yang pasang dah buat haku tertanya…adakah rezeki kami pada trip kali ini…..???

Edisi Malam….

Malamnya kami dijamu dengan ayam panggang…
selesai makam malam maka sessi takruf yang tertangguh pada malam pertamanya diadakan pada malam kedua….memasing memperkenalkan diri….

Edisi Hari Hari Akhir

Keesokannya kami memburu masa dengan aktiviti casting...


harapan kami agar ada yang mendaratkan spesis sebarau...walaupun air pasang kerana hujan yang lebat semalam....dah sebarau telah berhijrah ke tempat lain....kami tetap mencari spot2 menarik yang dirasakan ada potensi untuk menaikkan spesis pemangsa....


akhirnya kami menemui punca kekumpawan....ada yang tak mandi rupanya...namum dah terlambat...walaupun beliau dicampakkan ke dalam tasik...kami dah nak balik pun huhuhu....

sebelum pulang ke destinasi memasing kami dijemput ke rumah salah seorang peserta di terengganu untuk menjamu selera dirumahnya....perghhhhh nasi dagang beb....memang mablessssss



Untuk lebih gambar sila ke klik ke kotak foto - "Hobi-Joran" di sebelah kanan
atau klik sini :  http://yusrie07.blogspot.com/p/hobi-joran.html

No comments:

Post a Comment