Wednesday, September 28, 2011

Koleksi Joran 2007-2011

SIAKAP MERAH

Pada raya ketiga 2010, ketika di kampung haku dah tak dapat menahan gian untuk melabuhkan joran....apatah lagi ketika malam sebelum raya, seorang rakan memberi tahu bahawa tempat tersebut telah dihuni siakap merah, malah ada yang telah menaikkan siakap putih seberat lebih 5 kilo!!!...huh mencabar sungguh...
pada jam 5.30 petang haku bertolak dari umah...tapi haku terlupa, bahawasanya hari tersebut tetap hari raya...walaupun dah masuk raya ketiga...perjalanan yang sepatutnya memakan masa 15 minit telah menjadi 1 jam huhuhuhuhu....6.30 petang kawanku telah menunggu sambil tersengih kambing....dah gelap katanya...haku tak peduli....sempat le 20 minit memancing...langsung tak ada hasil.....biasa le...herokan..


pada raya keempat haku keluar awal...dan tiba di lokasi jam 6.15 petang..awal le sikit....tanpa membuang masa haku dan rakan terus memasang joran dan umpan seekor anak selayang segar...

tak sampai 15 minit joran rakan haku melendut...sambil bersorak..."dah kene nih...sah siakap nih" katanya... haku diam...masih berpegang pada prinsip bahawa hero akan kalah dulu...alaaaa, biasa la, hero mesti la kalah dulu...walaupun dialam nyata, ada gak hero yang kalah sampai sudah.....huhuhuu...rakan haku dengan bangganya mengangkat sebelah ketiak menunjukkan ikan....


Tiba-tiba joran haku pulak melendut...terasa betoi sentapannya..haku terus mengarai mesin tapi baru je memulakan aksi, tak sampai 3 minit bertarung tetiba terasa ringan....arghhhhhh tension betoi...terlucut la pulak.......rasa nak terjun je tangkap ikan tuh dengan tangan... pastu terasa gak nak gigit joran haku untuk melepaskan geram...tapi sib baik haku masih lagi waras dan terus mengabaikan keinginan tersebut.....


haku meneruskan pencarian....tetapi 20 minit berikutnya hanya anak duri yang mengacau...hari dah mula gelap....haku menamatkan sessi melepaskan gian pada hari kedua....cukup le 30 minit dengan seekor siakap merah...ni baru sessi menduga dan memang kompem ada siakap.... walaupun rakan haku yang menaikkan siakap…tapi yang pasti dia menggunakan joran haku!!!....kira ada gak la nama haku kat ikan tuh….miaaaaahahahahaha




MEMBAUNG DI KUALA KUBU 
















Pada 26.08.08, kira-kira jam 5.0pm...haku dan ayah ke kuala kubu...perjalan kira-kira 45 minit akhirnya sampai ke distinasi yang dituju.....Dam Kuala Kubu...dengar citer banyak baung kalau kene masanya.

Planning yang dibuat secara mengejut membuatkan haku ketinggalan beberapa barang penting....

Sejak jam 6.30 haku dan ayah bertapa di tebing namun tak ada usikan langsung dari baung.... jam 7.30pm hari mulai gelap...apa lagi..haku pon berpindah di atas jambatan....tempat paling sohor bagi pemancing baung kekekkeke....

Pernantian haku dan ayah berakhir apa bila joran di sambar baung kira-kira jam 9.20pm... tanpa bersusah payah ayah mendaratkan baung seberat kira-kira 500g....

















Itulah kali pertama dan terakhir baung dinaikkan.....lepas tu hanya asap rokok menjadi saksi betapa pernantian itu satu penyeksaan hahahaah....jam 11.30pm malam haku dan ayah gulung tikar...esok nak kerja lagi huhuhuhu.... membar haku dah tunggu di batang kali katanya nak belanja sebab PKR menang di permatang pauh.... apa-apa aje lah.... makan pree...lepas ujan lak tuh... masa untuk haku mengisi perut la pulak....




No comments:

Post a Comment