Wednesday, September 28, 2011

KOLEKSI SANTAI


BERSANTAI DI SG. KELAH

Pada 14.12.08, hari ahad...setelah mengadakan perbincangan pada malam sebelumnya..haku dengan seorang lagi jiran berpakat untuk ke sg. kelah...beberapa jiran yang turut dijemput tidak dapat turut serta kerana ada urusan lain seperti kenduri, sambung belajar, kerja dan memacam lagi... yang  haku pasti derang tak biasa dengan urusan mengejut sebegini...tetiba je tanya nak pegi ke idak besok...hahahahah
Kira-kira jam 8.30 pagi rombongan kami bertolak ke sg. kelah...lokasi adalah tempat yang jarang dikunjungi...tempat tuh haku pernah pergi 5-6 tahun lepas....dipendekkan movie...pada jam 10.00 pagi kami sampai di sg. kelah...haku termanggu di simpang kolam air panas....banyak berbeza beb....dah tak tahu nak pergi kemana...tak ingat jalan sebab jalan dah bertambah beso...kekekke
Selepas 2-3 kali ulang alik akhirnya kami mambuat keputusan untuk ke lata sg. kelah je....
Tak apa lah...tak jumpa tempat yang haku plan....janji bebudak dapat mandi...lain kali haku buat le trip untuk mengenalpasti tempat yang sesuai yang  pernah haku jumpa dulu......terkilan gak huhuhuhuhu
Tiba di lata sg. kelah tanpa membuang masa haku terus membina khemah....musim ujan beb...sebelum ditimpa hujan baik bersedia dulu...

siap sedia untuk di bakar....


acara menggoreng nugget bermula.....ishhh macam pertandingan memasak lah sessi perkelahan nih...

kuah laksa dipanaskan...
sessi memanggang daging raksasa unta..... meriah bila ada sessi panggang memanggang nih....
close up sket.....ada yang terliur tak....untuk tempahan sila dail atau hubungi ke nombor kosong satu empat...empat empat empat....tekan tekan tak dapat...miaaaahahahahahah

nugget pon dah siap....khas untuk bebudak..haku pon dah kompius...ni sessi berkelah ke sessi masakan atau sessi makan-makan...kekekekek

kedinginan air dipagi hari tidak memudarkan semangat kanak-kanak untuk terus berendam....tengok...dah biru bibir pon x mo kluar lagi....

bila dah tak tahan kesejukan...perut mula lapar...baru le nak naik cari makanan...siapa yang paling lemah akan kalah dan naik ke darat dulu...ini peserta pertama yang mengalah.....kekekek

menguji keempukan dan keenakan ayam panggang yang disaluti dengan ramuan rempah ratus ribu riban yang dibuat khas untuk sessi perkhelahan ini...
 Mee kari special dari jiran haku......
tak payah le haku cerita sedap ke idak seme makanan tuh....riak wajah dengan thumb-up dari kawan haku nih pon dah menceritakan segalanya .....miaaaahahahahah



BERSANTAI DI SG. SEMUJI ECO RESORT


Pada 5-6 Julai 2008... setelah 2 minggu buat plan dan gagal memujuk rakan-rakan porem untuk join bersantai di sg. semuji, terletak di Gambang , Kuantan. Haku bersama keluarga rakan sekolah dulu berkonvoi menuju destinasi...

Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam dari Antara Gapi, Serendah atau Kuala Lumpur...selepas sampai dan memunggah barang ke dalam umah penginapan, kami terus menjalankan operasi mencari meninjau dan mencari durian di kawasan sekeliling.

Petang kami membawa anak-anak ditepi tasik dam memancing ikan dan pada jam 6.30 petang selepas operasi mencari durian kali kedua kami membuat bbq. Esoknya kami mengelilingi kawasan dan singgah di tempat menternak burung unta dan rusa sebelum meneruskan operasi mencari durian kali terakhir....pada jam 12.00 tengahari kamibergerak balik menuju KL dan singgah di hentian lentang bagi bebudak main air pulak..

Walaupun bukan musim sebenar tetapi kami tidak dihampakan....dapat le dalam 20 biji durian selama berada disana...kalau dah musim pasti lebih banyak hasilnya...yang pasti kene ada usaha untuk operasi mencari dan menyelamat durian dilakukan secara sistematik...kekekekkeke


rumah penginapan kami



pokok durian di halaman

antara hasil pertama sessi mencari dan menjamah durian...

sessi membakar ayam sebelum malam...



siangnya sessi melawat rusa dan burung unta di sekitar penginapan...



dalam perjalanan pulang singgah di Hentian Lentang...kawasan yg sesuai untuk melepaskan bebudak mandi...luas dan cetek...






No comments:

Post a Comment