Tuesday, March 8, 2011

kerjaya vs keluarga

Termanggu haku seketika bila teringat statement rakan dalam fb yang memberi komen tentang kerja. "aku dah rasa beb camne dok jauh ngan family, jauh ngan anak bini" lebih kurang begitu lah antara komennya, malangnya komen beliau diberi untuk seorang rakan yg berjauhan daripada keluarga atas urusan kerja. Keluhan begini seolah mempengaruhi org yang berjauhan dan seolah haku tak prihatin tentang keluarga.
Buat rakan haku yang berada nun jauh di Sabah...harap bersabar, jika ada rezeki di tempat lain berdekan dengan keluarga, kalau rasa serasi, haku x menghalang, cuma tugasan anda di Sabah memang amat diperlukan dalam melayani karenah bos, consultant dan pihak berkuasa disana...

Haku dah pertimbangkan banyak perkara, tapi bagi memenuhi keperluan maka anda terpaksa berada disana untuk tempoh tertentu....boleh tengok tempat orang beb...kalau nak pergi sendiri tak sampai lagi tuh...hehehe
Tak perlulah mandengar hasutan atau "cucukan" orang lain...haku paham perasaan orang yang berjauhan dari keluarga...sungguh haku paham.....

Haku terpaksa meninggalkan anak sulung yang berusia 15 hari kerana menerima tawaran kompeni dahulu...lepas 6 bulan baru dibawa ke KL...alhamdulillah, keputusan haku tak sia-sia...percaya lah, setiap pengorbanan ada imbuhannya. "6 bulan beb berjauhan dari keluarga, haku di KL keluarga di pantai timur...." bukan sorang di sg labu aka litar F1 dan keluarga di puchong!!!

ingat lah, perjuangan membela keluarga ada lah satu jihad, mencari rezeki untuk keluarga satu jihad...lagi susah kapayahan demi keluarga lagi besar pahalanya. Harap ko bersabar.....

No comments:

Post a Comment