Wednesday, February 12, 2014

Hukum Makan Aiskrim Magnum

Kelmarin selepas training aku lunch di KFC... memang sungguh panas cuaca sekarang ini.
selepas lunch aku ke petronas dan terpandang aiskrim baru Magnum Gold lantas teringat sesuatu..tanpa lengah aku whatsapp group..

aku "Ada sesiapa perasan atau tau apa hukum makan aiskrim magnum"

Rakan "kenapa...ada fatwa ke...ada dalam akhbar ke"

Rakan B " x tau pulak...kenapa?"

rata-rata semuanya blur...x tahu...haku pelik...pasal masuk fatwa bagai..haku x tanya aiskrim ni status halal ke tidak...maka dengan kompidenya haku me'reply" (replay ni diubah sedikit agat tidak timbul kekeliruan...)

"KALAU IKUT HUKUM SAINS FIZIK TULEN...BAGI ORANG YANG ADA DUIT, MAMPU DAN TERINGIN MAKAN AISKRIM MAGNUM HUKUMNYA HARUS BELI....BAGI ORANG YANG ADA DUIT, MAMPU DAN TERINGIN, KALAU X BELI DIA TERINGAT SAMPAI MALAM TERUTAMA PEREMPUAN MENGANDUNG...HUKUMNYA WAJIB BELI"

Rakan-rakan " cehhhhhhh!!!!"

Sunday, December 9, 2012

Piala AFF 2012 - Malaysia vs Thailand

Terikat seri 1-1 adalah keputusan yang tidak di ingini oleh skuad Harimau Malaya....tapi kalau setakat itu yang termampu dilakukan... terima aje lah... sekurangnya kita pasukan pertama mengikat skuad gajah perang setakat ini dengan keputusan seri...

Rekod tanpa kalah mereka masih bertahan, Harimau Malaya perlu berusaha untuk mengutip mata di tempat lawan...bukan senang tetapi dalam sukan bola apa pun boleh berlaku...harapan masih tetap ada....

Perjuangan masih belum berakhir...chaiyuk chiayukk chaiyukkkkkk Harimau Malaya......

Sunday, December 2, 2012

Piala AFF Suzuki 2012

Yeahhhhh akhirnya seperti yang semua maklum....Malaysia telah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2012....tapi malangnya Singapura memiliki jumlah jaringan yang lebih besar maka Malaysia sekadar menduduki carta ke 2 Kumpulan B....

Bakal bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah...ermmmmm adakah kita akan berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Thailand?... Jika berjaya kita akan mengulangi sejarah ajaib perjalanan merintis juara pada 2010.

Kalau pada 2010 kita bertemu kembali Indonesia di peringkat akhir dan menang selepas aib dengan kekalahan besar pada perlawanan pembukaan kumpulan, kali ini jika menang menentang Thailand tidak mustahil kita akan bertemu kembali Singapura dan menang sekali gus menebus kembali aib dengan kekalahan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Chaiyuk chaiyuk chaiyukkkkk..... ayuh Malaysia....

"Hantu Kak Limah telah berjaya membenam Mak Lampir...harap Kak Limah akan mengalahkan Nang Nak pula....." heheheh

Tuesday, April 17, 2012

Buku vs Komik

Dulu haku selalu ke perpustakaan atau menunggu bas perpustakaan bergerak. Sekarang semua info dihujung jari...tekan je trus search....maksud haku internet.


Hari ni haku bukan nak bincangkan perbandingan sebenarnya...tajuk tu buat gempak je hehehhe ketika hari membaca kanak2 sedunia baru-baru ini haku teringat masa zaman haku sekolah rendah....banyak buku yang haku baca dan bertukar mengikut trend.


Ketika sekolah rendah haku mula berminat dengan buku unsur penyiasatan, mungkin korang pun pernah dengar...antaranya Nancy Drew, Tiga Sekawan, Salma dan ada beberapa lagi...


Naik sekolah menengah haku berminat dengan alam misteri dan UFO....pernah tergilakan buku "Kisah Misteri Dunia" yang terbahagi kepada beberapa jilid...antaranya Segi Tiga Bermuda, Lenyapnya Benua Atlantis, Misteri Kaum Inca, Lukisan Bumi, Misteri Piramid dan Misteri UFO sendiri...


Penghujung persekolahan menengah haku berminat pula dengan kisah kepahlawanan islam, kekadang haku berulang baca kisah 4 Khalifah, Salahuddin Alayubi, Penaklukan Kota Constantinople, Kisah Kerajaan Fatimiyah (asal tempat yang menaikkan nama Salahuddin), perkembangan islam dan penaklukan islam dari zaman khalifah Abu Bakar, kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah dan selepasnya. Tersentuh baca kisah kerajaan Othman yang akhirnya jatuh tersungkur.


Lepas tamat sekolah tetiba haku berminat pula dengan novel misteri alam ghaib....rasanya ramai yang masih ingat dengan Siri Bercakap Dengan Jin....amat popular ketika dulu...tulisan Tamar Jalis...tapi bila dah masuk beberapa tahun jalan ceritanya mula longgar dan penceritaan agak berlainan...ada ura-ura yang kata dah tukar penulis walaupuan nama penanya sama.


Haku mula beralih novel tulisan Tok Awang Ngah...berbeza dengan Tamar Jalis yang memaparkan pengubatan secara tradisional atau perbomohan, Tok Awang Ngah pula memaparkan penyelesaian masalah pesakit dan pemulihan secara islam...kisah ustaz dengan ayat suci Al-Quran mengisi ruang penceritaan.


Yang jadi masalah, ketika mula bekerja haku berminat dengan komik pula....dah macam bebudak semula...tapi tak kisah lah...janji gambo cun...memula haku beli komik tajuk dendam kesumat, karya Tony Wong...kemudia Pedang Setiawan...Raja Rimba...Wira Angkasa...pastu....pastu haku stop...mana tak stopnya lepas satu generasi sambung satu generasi kisahnya, kalau tak silap sampai haku anak 3 pon belum abis lagi cerita komik nih....hanya 3 komik je yang haku beli sampai abis...."Mutiara Naga/ Dragon Ball" karya Akira Toriyama..."Jengking Merah" karya sapa tah...dan "Dragon Quest"...pon tak ingat karya siapa....


lain-lain buku tak ingat tajuk hehehehhe....


sekian coretan masa lapang haku....

Sunday, January 15, 2012

Azam Tahun Baru

Setiap kali tahun baru muncul, maka akan muncul juga pelbagai azam, dah sinonim tahun baru diiringi dengan azam baru...Agaknya dah berapa banyak azam tahun baru yang dibuat??? brape kali pula azam tersebut tercapai???


Ramai yang tanpa sedar membuat azam yang sukar dicapai...tanpa sedar pula dah banyak kali azam tahun baru tidak tercapat...ada juga yang sedar azam tidak tercapai dan akhinya menjadi hilang minat untuk membuat azam baru.


Contoh senang "saya berazam tahun depat nak kerja keras  supaya gaji naik 10%....sedangkan dia tahu gaji adalah urusan BOSS....atau "Saya berazam nak beli kereta Honda Civic...." dengan harapan dia menang loteri sebab nak harapkan gaji RM1k sebulan memang tak layak.... Apa salahnya buat azam permulaan "Saya nak beli motor kapcai" dah tau gaji rm1000 cuma kumpul deposit sahaja jika mahu bayar bulanan yang murah...


Azam yang sesuai ialah azam yang mudah dicapai..tak salah kalau membuat dua azam...satu yang mudah dicapai dan letak je target enam bulan pertama...lagi satu yang agak sukar dicapai tapi tidak mustahil untuk dicapai...letak masa pencapaian enam bulan terakhir...


Apa pun azam dah menjadi seperti satu trend...bagi orang yang bekerja, tetapi bukan ikutan anak muda sekarang... cuma tepuk dada tanya selera nak berazam atau tidak... azam yang senang atau susah....


errrr mana pergi kengkawan haku nih...ramai yang ada blog...tak mau add haku ke????


Azam haku nak meriahkan blog dan tarik "follower" hahahahahah......sekian




Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru...


"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA......!!!"

Wednesday, October 26, 2011

Tok Ketua

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaanMakTemah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya.

Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah. Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.Waris- warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.. .


"TOLONG JANGAN PIJAK SALUR OKSIGEN AKU TOK KETUA.....!!!"



dah.....pi sambung kije balik....:P



Tuesday, October 11, 2011

Kisah Seorang Penyelam

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang di dalam laut.
Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam.
Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya. Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter...orang yang tadi turut mengikutinya.
Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan: "Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?"
Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: "Aku lemaslah...bodoh!" 

Dah....abis dah...haku rasa cite nih bessss so haku curik daripada posting member haku...miaaaaaaahahahahahha